Connect with us

Oh! Media

Mawar Rashid Kembali Bertudung, Padam Gambar ‘Free Hair’ Di IG

mawar rashid

Oh! Artis

Mawar Rashid Kembali Bertudung, Padam Gambar ‘Free Hair’ Di IG

Di hari Jumaat yang mulia ini, baguslah kiranya kita cuba perbaiki diri dan tinggalkan segala kemungkaran yang dilakukan. Begitu jugalah apa yang mungkin dilakukan pelakon dan usahawan Mawar Rashid selepas dilihat memadam semua gambar dirinya tidak memakai hijab.

ADVERTISEMENT

Keputusannya untuk tidak berhijab dan memuat naik foto di Instagram baru-baru ini mengundang kritikan hebat daripada warganet.

Mawar turut berkongsi gambar yang diambil baru-baru ini ketika suaminya, Raf Yaakob memberikan kejutan sempena ulang tahun kelahirannya.

Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan memuji kecantikan Mawar serta mengatakan dia lebih sesuai membawa imej muslimah sebegitu.

Kita doakan sahaja yang baik-baik agar Mawar terus kuat dalam apa sahaja bentuk ujian. Memang benar tidak mudah nak istiqomah tapi tidak salah untuk kita terus berusaha perbaikinya.

Warganet turut mendoakan agar dia terus kuat dalam ujian yang sedang dilaluinya ini namun Mawar dilihat telah menutup ruangan komen hantaran tersebut.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas