Connect with us

Oh! Media

Matty Healy Biadap Ketika Persembahan! Ini Apa Akan Dilakukan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

matty healy

Oh! Artis

Matty Healy Biadap Ketika Persembahan! Ini Apa Akan Dilakukan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

Pagi ni dah tersebar video perangai buruk dan biadap vokalis kumpulan The 1975, Matty Healy ketika membuat persembahan pada malam Jumaat.

ADVERTISEMENT

Apa yang dilakukan Matty tidak dapat diterima dan ia tidak patut berlaku di Malaysia. Dia dilihat bercium dengan lelaki dan menghina undang-undang Malaysia berkait LGBT.

Tindakan Matty Healy cium sejenis, teguk arak atas pentas dan meludah ketika persembahan adalah biadap!

Susulan daripada tindakan ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam satu ciapan di Twitter telah memanggil penganjur untuk memberikan penjelasan.

Ini satu tindakan yang sangat biadap. Saya telah memanggil penganjur untuk memberi penjelasan. Saya akan menghubungi pihak berkuasa untuk dapatkan laporan penuh.

Untuk pengetahuan korang, konsert Good Vibes Festival 2023 diadakan di Litar Antarabangsa Sepang selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Julai ini. Ia dianjurkan oleh Future Sound Asia.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas