Connect with us

Oh! Media

Masalah Mental Kembali, Zynakal Kesal Berhenti Ambil Ubat

Oh! Artis

Masalah Mental Kembali, Zynakal Kesal Berhenti Ambil Ubat

Penyanyi meningkat naik, Zynakal, 23, mengakui berasa kesal apabila mengambil keputusan untuk berhenti untuk mengambil ubat untuk merawat kesihatan mentalnya yang dihidap pada tahun 2019 iaitu masalah Bipolar Mania apabila perbuatannya itu memberikan kesan yang buruk kepada dirinya.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Harian Metro, Zynakal atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli berkata, dia merasakan sudah berada dalam zon yang selesa dan menyangka bahawa dirinya sudah sihat sepenuhnya sehinggakan tidak perlu bergantung kepada ubat lagi.

Saya menyangka sudah sembuh daripada penyakit itu, tetapi tanpa disedari, perkara itu telah memakan diri saya dan memberikan kesan buruk kepada kesihatan mental saya. Penyakit itu datang semula.

Penyanyi yang popular dengan lagu Sakit dan perasaan itu berasa kesal dan dia sepatutnya meneruskan pengambilan ubat sehingga mendapat pengesahan daripada doktor untuk berhenti.

Doktor pun marah sebab saya berhenti mengambil ubat. Kalau tanya saya sampai bila saya perlu mengambil ubat, tempohnya adalah sehingga doktor mengesahkan saya boleh berhenti.

Zynakal kini masih menjalani rawatan dan meneruskan pengambilan ubat seperti yang telah dinasihatkan doktor.

Menurutnya, bagi menenangkan jiwanya, dia sebelum ini memilih untuk menjauhkan diri daripada penggunaan teknologi selama berbulan-bulan.

Saya tutup telefon selama lima hingga enam bulan. Dalam tempoh itu, saya jauhkan diri daripada penggunaan teknologi termasuklah media sosial. Pada masa sama, saya banyak fokuskan kepada diri sendiri, ubat-ubatan seperti dinasihatkan doktor, menulis lagu dan banyakkan membaca.

Diminta untuk memberikan nasihat kepada mereka yang mengalami masalah mental, dia tidak mampu untuk memberikan sebarang komen oleh kerana kesan sakit ini adalah berbeza mengikut orang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas