Connect with us

Oh! Media

Mark Adam Jadi Pak Guard Aeon, Netizen Banyak Bagi Tips Jadi Pengawal Keselamatan Terbaik

mark adam

Oh! Artis

Mark Adam Jadi Pak Guard Aeon, Netizen Banyak Bagi Tips Jadi Pengawal Keselamatan Terbaik

Penyanyi Mark Adam baru-baru ini ada memuat naik foto memaparkan dirnya mengenakan pakaian seragam pengawal keselamatan di Instagram.

ADVERTISEMENT

BACA: Selepas Lima Bulan, Mark Adam Tinggalkan Hot FM

Ia sekaligus mengundang spekulasi dalam kalangan peminat yang tertanya-tanya adakah penyanyi lagu Marry Me itu sudah menukar kerjaya setelah diberhentikan kontrak penyampai radio, tidak lama dahulu.

Menurut Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah, dia tidak terasa hati dengan komen-komen ditinggalkan netizen yang beranggapan dia kini sudah bergelar pengawal keselamatan.

Dia berasa bangga memakai baju seragam tersebut.

Bila saya post gambar saya pakai baju security guard tu, memang ada netizen komen ingar saya memang sudah tukar bidang kerja. Ada yang komen itu doakan saya bekerja dengan baik. Orang ingat saya kerja sebagai pengawal keselamatan selepas berhenti dari stesen radio.

Difahamkan, Mark memakai baju seragam itu disebabkan wataknya dalam sitkom AEON berjudul Sayap Bagimu yang akan ditayangkan di TV3.

Dia juga menerima banyak tips daripada netizen mengenai cara pemakaian seragam yang betul serta cara-cara menjadi ‘pak guard’ yang berdisiplin.

Mark dalam pada itu merasakan bukan mudah baginya untuk membawa watak sebagai seorang pengawal keselamatan. Bagaimanapun tetap gembira kerana diberi peluang untuk beraksi dalam naskah terbaru itu yang juga dibintangi pelakon hebat lain seperti Alif Satar.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas