Connect with us

Oh! Media

Peniaga Lain Didakwa Tiru Idea Sate Bhalut, Ini Respon Mark Adam

Copy of Untitled Design   3

Oh! Artis

Peniaga Lain Didakwa Tiru Idea Sate Bhalut, Ini Respon Mark Adam

Penyanyi dan usahawan, Mark Adam mengambil pendekatan matang apabila perniagaan Sate Bhalut yang diusahakannya dikatakan telah ditiru oleh pihak lain. 

Menurut laporan mStar, Mark berkata yang rezeki setiap orang adalah ketentuan Allah SWT, dan beliau tidak melihat perkara ini sebagai masalah besar.

Ya, saya nampak. Tak ada masalah, rezeki masing-masing. Semua benda dalam dunia adalah pinjaman, bukan milik kita.

Beliau juga menegaskan bahawa walaupun konsep atau idea boleh ditiru, rasa asli dan kasih sayang dalam produk tersebut tetap berbeza.

IKLAN

Netizen dakwa Sate Bhalut idea Mark Adam diciplak

Mark Adam

Mark Adam menjawab persoalan netizen mengenai peniaga lain yang mengambil kesempatan menjual produk serupa selepas kontroversi harga Sate Bhalut tersebar di media sosial.

Kemudian pak*** cilok (curi) Mark punya idea Sate Bhalut selepas dikecam.

Walau bagaimanapun, Mark memilih untuk kekal positif dan mendoakan kebaikan kepada semua peniaga dan pelanggan.

Semoga peniaga-peniaga dan pelanggan di luar sana murah rezeki dan sihat selalu.

Kontroversi harga Sate Bhalut

Mark Adam

Sebelum ini, perniagaan Sate Bhalut milik Mark Adam menjadi perbualan hangat selepas harga set tiga cucuk sate bersama air berharga RM21.90 dianggap terlalu mahal oleh netizen.

Bagaimanapun, Mark tampil menjelaskan bahawa harga tersebut adalah wajar setelah mengambil kira kos bahan mentah, sewa tapak, dan operasi perniagaan.

#OhmediaNasihat

Ingatlah, setiap rezeki datang daripada Allah SWT. Dalam dunia perniagaan, persaingan adalah lumrah. Sentiasalah jujur dan lakukan yang terbaik dalam usaha anda. Jangan lupa menyokong peniaga tempatan!

Copy of Untitled Design   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas