Connect with us

Oh! Media

Selepas Lima Bulan, Mark Adam Tinggalkan Hot FM

Oh! Artis

Selepas Lima Bulan, Mark Adam Tinggalkan Hot FM

Februari lalu, pelakon dan penyanyi, Mark Adam diumum sebagai penyampai radio segmen Geng Pagi Hot di stesen radio Hot FM menggantikan Shuib Sepahtu yang mengundur diri pada akhir Januari. Bergandingan bersama Fizie, ramai yang terhibur mendengar telatah selamba Mark Adam yang mencuit hati.

ADVERTISEMENT

Walau bagaimanapun, Mark Adam menerusi entri terbaru di Instagram mengucapkan selamat tinggal kepada pendengar dan rakan-rakan penyampai. Penyanyi yang popular dengan lagu Marry Me ini mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang khidmatnya di situ.

Saya nak ucapkan terima kasih banyak kepada pendengar-pendengar Hot FM. Pendengar-pendengar GPA, petang dan malam. Di sini saya nak ucapkan selamat tinggal kepada Hot FM. Saya nak ucapkan terima kasih banyak kepada rakan-rakan di Hot FM. Banyak mengajar sampai bahasa Melayu saya lancar.

Terima kasih banyak pendengar. Teruskan sokongan kepada Hot FM kerana ada benda-benda baik yang akan datang. Selama saya berada di sini, saya sangat bertuah dengan kerjaya yang diberikan tapi hidup harus diteruskan. 

Tapi apa yang saya nak sampaikan cinta dan sayang saya kepada pendengar dan rakan-rakan di Hot FM.

Rakan penyampai, Fizie dilihat menitiskan air mata memeluk Mark Adam yang berkhidmat untuk kali terakhir, hari ini. Meluahkan rasa bertuah kerana telah diberi peluang belajar, Mark Adam memohon pendengar setia menyokong stesen radio tersebut.

Kredit: Mark Adam

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas