Connect with us

Oh! Media

Manis Berbaju Kurung Kedah, Foto Berinai Elisya Sandha Tarik Perhatian

elisya sandha

Oh! Artis

Manis Berbaju Kurung Kedah, Foto Berinai Elisya Sandha Tarik Perhatian

Pelakon jelita, Elisya Sandha pada Sabtu lalu telah selamat diijabkabul dengan kekasih hati, Uzair Haqimy. Menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih, majlis pernikahan dilakukan secara ringkas mengikut prosedur operasi standard (SOP).

ADVERTISEMENT

BACA: Dedah Uzair Cinta Pertamanya, Elisya Sandha Sudah Sedia Bergelar Isteri

Difahamkan, pasangan ini sepatutnya mendirikan rumahtangga pada 22 Februari tahun hadapan namun terpaksa mempercepatkan majlis di atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Walaupun dilangsungkan dalam keadaan sederhana, adik kepada pelakon Fasha Sandha ini kelihatan sangat berseri-seri.

malam berinai elisya sandha

Malah, Elisya turut dipuji kelihatan manis mengenakan baju kurung Kedah sewaktu majlis berinai Jumaat lalu. Baju kurung Kedah berwarna merah jambu dengan corak bunga kecil menaikkan lagi aura pengantin pelakon kelahiran Pulau Pinang ini.

elisya sandha

Malam berinai 20/8/21

A night to remember, dapat spend time dengan my family. So ceritanya tak tahu nak buat design macam mana kecoh satu rumah haha last last mama kata “ you kahwin sekali je seumur hidup pakai je inai kat kuku” touching laaa

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Elisya meluahkan rasa tersentuh apabila ibu memintanya memakai inai di kuku sebagai tanda kenangan sekali dalam seumur hidup. Selain Elisya, ahli keluarga termasuk ibu dan kakak turut mengenakan baju kurung Kedah dan berkain batik mengikut tema.

elisya

Meninjau ke ruangan komen, para peminat menghujani hantaran tersebut dengan kata-kata positif dan doa buat pengantin baru ini. Mereka memuji kecantikan semula jadi yang dimiliki pelakon Nasi Kerabu Untuk Che Abe ini.

Walaupun hanya dihadiri ibu bapa dan adik beradik terdekat, peminat dapat merasai kemeriahan serta kegembiraan keluarga ini untuk menyambut hari bahagia Elisya Sandha.

Apa-apa pun semoga perkahwinan Elisya Sandha dan Uzair diberkati Allah SWT. Semoga pasangan ini diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Tahniah!

Kredit: Elisya Sandha

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas