Connect with us

Oh! Media

Puteri Sarah Beri Pesanan Buat Suami, Komen Ibu Mentua Raih Perhatian

Oh! Artis

Puteri Sarah Beri Pesanan Buat Suami, Komen Ibu Mentua Raih Perhatian

Pelakon Puteri Sarah Liyana menerusi hantaran terbaru di Instagram meluahkan isi hati susulan pengakuan suaminya, Syamsul Yusof yang sudah berkahwin dengan Ira Kazar.

ADVERTISEMENT

Syamsul Yusof sempat berpesan kepada Puteri Sarah agar pulang ke pangkuannya untuk berbincang mengenai masalah rumahtangga mereka.

Dakwa pengarah itu lagi, Puteri Sarah telah membawa anak-anak ke sana dan ke sini tanpa meminta izinnya.

“Ayah yang banyak kali keluar rumah”

Menurut Puteri Sarah pula, jika anak-anaknya boleh memberi keterangan di mahkamah, pasti mereka akan berkata, ‘Ayah yang banyak kali keluar rumah tinggalkan mama, abang dan adik, not kami’.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berpesan supaya Syamsul Yusof tak guna nama Allah SWT semata-mata mahu nampak suci di mata manusia.

Selain luahan Puteri Sarah, komen ibu mentuanya, Datin Fatimah Ismail turut menjadi perhatian netizen. Beliau meninggalkan komen berdoa agar Allah SWT menggantikan ayah yang lebih baik buat cucu-cucunya.

Rakan artis yang lain seperti Janna Nick, Lufya Omar, Uyaina Arshad dan ramai lagi turut memberi kata-kata semangat buat Puteri Sarah agar terus kuat menempuhi ujian rumahtangganya.

Rakan artis beri semangat

Kredit: Instagram Puteri Sarah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas