Connect with us

Oh! Media

“Malu Dik, Nampak Bod*h” – Michael Ang Selar Individu Mengaku Penyanyi No 1 Lepas Video Trending Di Youtube

Oh! Artis

“Malu Dik, Nampak Bod*h” – Michael Ang Selar Individu Mengaku Penyanyi No 1 Lepas Video Trending Di Youtube

Nama usahawan kosmetik yang sedang cuba berjinak-jinak dalam dunia nyanyian, Datuk Seri Aliff Syukri menjadi bualan netizen sepanjang dua minggu yang lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Ada Bakat” – Bangga Atasi Lagu Blackpink Di YouTube, Aliff Syukri ‘Claim’ Diri Penyanyi Nombor 1 Negara

Mana taknya, baru-baru ini Aliff siap ‘claim’ dirinya itu kini merupakan penyanyi nombor satu negara selepas lagu duetnya bersama Baby Shima menjadi yang terpaling trending di Youtube.

Michael Ang bagi kata-kata pedas

Terbaru, pengarah terkenal, Michael Ang ada memuatnaik satu hantaran di laman Instagramnya yang seakan memerli seseorang tetapi tidak pula menyebut nama individu tersebut.

Kenyataan dibuat Michael Ang itu seakan-akan ditujukan kepada Aliff Syukri yang menyatakan dirinya penyanyi nombor satu tempoh hari.

Posting ni sekadar info saja ya. Kalau termakan cili awak akan rasa ‘posting’ ni pasal awak okey. So adik adik sila baca betul-betul sebelum mengutuk ya.

Kalau trending di Spotify ka, di radio ka, Apple Music ka, baru awak penyanyi nombor satu negara ya.

Sekadar di TikTok, YouTube, Instagram tu untuk dikutuk! Malu dik. Nampak bodoh sangat buat ‘claim’ macam tu.

Terbaik Mike

Hantaran dimuatnaik Michael Ang itu turut mendapat respon dari rakan artis dan juga netizen yang sangat setuju dengan kenyataannya itu.

Mantap Michael Ang, bagi je lagi. Baru lah diorang sedar kan?

Kredit: Instagram michaelang38

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas