Oh! Artis
“Yang Makan Bersuap Senang Cakap” – Banglo Rupanya Shila Amzah Punya, Ada Sebab Nak Kena Jual
Oleh
Tak habis-habis lagi isu keluarga penyanyi Shila Amzah, kali ini adiknya iaitu Syada mengadu rumah keluarga yang didiami mereka nak kena jual.
BACA: “Phew Rasa Macam Haiwan Strays” – Syada Amzah Bagi Hint Rumah Nak Kena Jual?
Bila dah kecoh, Shila selaku kakak sulung berkata hal keluarga tak perlulah dihebahkan di media sosial sehingga menjadi perhatian ramai.


Dalam satu sesi live, isteri kepada pempengaruh Ubai menjelaskan kenapa rumah nak dijual. Katanya, rumah tersebut terlalu besar iaitu dengan keluasan 9,000 kaki persegi.
Bilik tidur pula ada tujuh dengan tambahan tiga bilik kucing. Itu belum kira dua bahagian dapur yang besar serta halaman rumah boleh memuatkan sehingga 10 buah kenderaan. Fuh besar betul!

Shila Amzah memberitahu rumah besar itu hanya didiami ibunya, Syada, Syafiq, Syahir serta Icha. Lagi pula mereka tiada pembantu rumah.
Bila ibu bapa kita bercerai, rumah itu ada kenangan tak best. Memandangkan rumah itu saya punya (rumah yang family duduk tu). Rumah tu sangat besar dorang tak dapat nak jaga bil apa semua.
Jelasnya, dia mahu mencari rumah baru yang lebih sesuai untuk ibu serta 3 adiknya tinggal. Biarpun sudah berkahwin dia masih perlu menjaga kebajikan ahli keluarga yang lain.
Kini dia mengambil alih tugas ketua keluarga dan perlu membuat keputusan demi kebaikan semua. Tetapi dia pula dianggap jahat.
Orang yang tak cari duit sendiri, yang memang makan bersuap senang cakap.
Dia berkata dia mahu beli sebuah kondominium untuk keluarganya berteduh. Kemudahan yang ada di kondominium lebih baik kerana dilengkapi gimnasium, kolam renang dan sebagainya.
Kredit: Youtube Mk Media Malaysia | Instagram Shila Amzah
