Connect with us

Oh! Media

“Mak Abang, Angah Dah Selesai Semuanya” – Ali Puteh Pertahan Hubungan Saudara Keluarganya

ali

Oh! Artis

“Mak Abang, Angah Dah Selesai Semuanya” – Ali Puteh Pertahan Hubungan Saudara Keluarganya

Selepas empat tahun berdepan dengan konflik keluarga, pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Siti Norhidayah akhirnya bertemu empat mata.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, pertemuan itu dibuat Ali untuk menyelesaikan bayaran saman berjumlah RM75,000 yang diperintahkan mahkamah.

BACA: “Boleh Saya Cium Dia?” – Ali Puteh Sebak Akhirnya Jumpa Hamzah Selepas 4 Tahun Konflik

Ali Puteh dan ahli keluarga yang lain juga berkesempatan berjumpa dengan anak Allahyarham Abam iaitu Syed Uthman Hamzah.

Ali dengan nada sebak berkata, itulah kali pertama dia bertemu dengan Hamzah selepas empat tahun dan meminta izin untuk menciumnya.

Dalam hantaran terbaru di TikTok, pelawak berkenaan meluahkan rasa syukur dengan ujian Allah SWT. Ujar Ali kepada arwah ibu dan Abam, dia sudah menyelesaikan semuanya dengan baik.

@aliputeh89 Dengan izin dari allah semua ini terjadi.. Insyaallah terus berjuang demi keluarga.. Setiap yg pahit pasti ada manisnya.. Janji allah itu pasti setiap ujiannya pasti ade hikmahnya.. Terus membesar anak anakku semua.. Hubungan saudara kite tidak akan terputus dan pasti kite pertahankan.. Insyaallah #syedsharifah #silaturrahim #teruskuatdemimereka ♬ original sound – aliputeh

Hamzah yang sebelum ini terpisah akibat konflik keluarga juga akhirnya dapat bersatu dengan sepupu dengan saudara kandungnya.

Dengan izin dari Allah semua ini terjadi. Insyaallah terus berjuang demi keluarga. Setiap yang pahit pasti ada manisnya. Janji Allah itu pasti setiap ujiannya pasti ada hikmahnya. Terus membesar anak-anakku semua. Hubungan saudara kita tidak akan terputus dan pasti kita pertahankan. Insyaallah.

Pelawak yang kini sedang aktif berniaga sambal melihat ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Dia akan terus berjuang dan berharap legasi Syed Syarifah keluarganya tidak akan terputus.

Kredit: TikTok Ali Puteh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas