Connect with us

Oh! Media

“Maaf Kalau Saya Buat Kamu Sedih, Kecil Hati” – Eina Azman Menangis Hantar Bibik Balik Kampung

Oh! Artis

“Maaf Kalau Saya Buat Kamu Sedih, Kecil Hati” – Eina Azman Menangis Hantar Bibik Balik Kampung

Pelakon popular, Datin Paduka Eina Azman sememangnya terkenal dengan sikapnya yang pemurah terhadap orang sekeliling termasuk pembantu rumahnya.

ADVERTISEMENT

Eina Azman sama sekali tidak lokek menghadiahkan barangan mahal termasuk rantai emas sebagai tanda menghargai bibik-bibiknya itu.

BACA: (Video) 16 Tahun Berkhidmat, Satu Keluarga Menangis Hantar Pembantu Balik Kampung

Terbaru, Eina Azman dilihat menangis saat berpisah dengan bibik Mega yang pulang ke kampung halamannya di Aceh selepas lima tahun berkhidmat.

https://www.instagram.com/p/CfYzV4op6-3/

Dalam satu hantaran di Instagram, pelakon ini meluahkan kata-kata terakhir dan mengenang kembali saat indah bersama Mega. Eina meluahkan rasa sayang dan mengakui hidupnya akan sunyi selepas ini.

Mega saya bukan lah majikan yang sempurna adakala saya tegur dan marah kamu. Maaf kan saya kalau saya buat kamu sedih atau kecilkan hati kamu. Tapi saya nak kamu tau yang saya sayang kamu Mega.

Bukan sahaja tahu menguruskan rumah, Mega ringan tulang menemaninya memasak di dapur, membantunya jahit baju, memilih pakaian dan beg jika mahu keluar dan sebagainya. Kata Eina, dia pasti sukar mencari pembantu rumah seperti Mega selepas ini.

Di ruangan komen, netizen turut tersentuh dan meluahkan rasa syukur pelakon ini dapat pekerja yang baik hati seperti Mega. Kata mereka, dapat pembantu rumah yang ikhlas bekerja dan amanah merupakan satu rezeki yang perlu disyukuri.

Kredit: Instagram Eina Azman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas