Connect with us

Oh! Media

“Lizzy Masih Lizzy Yang Sama”, Elizabeth Tan Sahkan Berita Perkahwinannya Adalah Benar

Ohmedia elizabethtan

Oh! Artis

“Lizzy Masih Lizzy Yang Sama”, Elizabeth Tan Sahkan Berita Perkahwinannya Adalah Benar

Pagi tadi kecoh di media sosial apabila tersebar satu gambar yang menunjukkan penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan bersama dengan seorang jejaka dalam sebuah majlis perkahwinan.

BACA: Foto Perkahwinan Tular, Elizabeth Tan Sudah Selamat Bergelar Isteri?

Gambar yang dikongsikan oleh ayah Elizabeth itu ternyata mengejutkan peminat dan rakan media kerana ia berlaku secara tiba-tiba.

IKLAN

Elizabeth dalam satu kenyataan rasmi bagaimanapun telah megesahkan perkara ini dan mengatakan apa yang tersebar itu adalah benar. Ia telah viral dengan sangat cepat sebelum dia sempat mengumumkan perkara itu.

Lizzy ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan Lizzy kerana pada Lizzy, ini adalah isu kecil sahaja. Gambar dan video yang telah tersebar yang menyatakan Lizzy sudah berkahwin adalah benar.

Majlis semalam adalah sangat intimate dan kecil sebagai langkah mematuhi SOP dan hanya dihadiri oleh 10 orang tetamu yang merupakan ahli keluarga dan kenalan rapat Lizzy sahaja. – Katanya.

Dalam kenyataan itu, Lizzy turut berpandangan perkahwinan adalah satu perkara yang sangat peribadi dan memohon maaf kepada semua kerana tidak dapat menjemput semua ke majlis perkahwinannya.

Pada Lizzy, memilih untuk berkahwin ini tidak mengubah apa-apa. Lizzy masih Lizzy yang sama dan Lizzy harap semua dapat terima serta hormat keputusan Lizzy. – Jelasnya lagi.

Tahniah Ohmedia ucapkan kepada Elizabeth dan pasangan. Semoga terus sukses dan bahagia dalam perkahwinan yang terbina.

Photo6249022672759532720

Kredit: Warner Music Malaysia (Bella Puzi)\

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas