Connect with us

Oh! Media

“Siksa Di Dunia, Ketawa Di Akhirat” – Perkongsian Linda Hashim Undang Tanda Tanya Peminat

Ohmedia linda Hashim

Oh! Artis

“Siksa Di Dunia, Ketawa Di Akhirat” – Perkongsian Linda Hashim Undang Tanda Tanya Peminat

Pelakon jelita, Linda Hashim baru-baru ini tampil dengan satu perkongsian ringkas yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Mana tidaknya, gambar yang dimuat naik memaparkan Linda sedang duduk termenung dengan kesan lebam di bahagian mukanya.

Perkongsian Linda Hashim cetus tanda tanya peminat

Di ruangan kapsyen, pelakon ini menulis kapsyen ‘since 2016’ beserta satu ayat yang cukup mendalam maknanya.

IKLAN
Photo 6323601867866751238 y

Perkongsian itu pantas mengundang pelbagai reaksi di ruangan komen dan kalangan peminat yang rata-rata tertanya-tanya tentang maksud sebenar di sebalik kapsyen tersebut.

“Siksa didunia, ketawa di akhirat” – LH

Ada yang bersimpati, ada yang memberikan kata-kata semangat, dan tidak kurang juga yang berspekulasi bahawa ia mungkin berkaitan dengan drama lakonan terbarunya.

Di ruangan komen TikTok, ramai yang tampil menitipkan doa dan berharap agar Linda terus kuat dan tabah, walau apa pun yang sedang dilaluinya.

Linda

Terdahulu, Linda Hashim nekad menfailkan penceraian kali ketiga dengan suaminya, Beego pada Januari lalu.

Namun, Beego enggan menceraikan Linda dan mahu menyelamatkan rumahtangga yang dibina mereka selama 11 tahun.

BACA: “Kalau Saya Dedahkan Susah Dia Nak Cari Nafkah” – Linda Hashim Nekad Fail Cerai Kali Ketiga

#ApaKataOhmedia

Setiap orang sedang bertarung dengan ujian yang tak kita nampak. Kadang hanya satu ayat cukup untuk menggambarkan beratnya beban yang dipikul. Jika kamu rasa diuji hari ini, ingatlah – Allah tak pernah tidur dan setiap air mata hamba-Nya akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik. Jangan putus harap.

Kredit: TikTok Linda Hashim
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas