Connect with us

Oh! Media

Linda Hashim Akui Ini Sebab Bercerai Dengan Beego, Tapi Dah Rujuk Semula

Oh! Artis

Linda Hashim Akui Ini Sebab Bercerai Dengan Beego, Tapi Dah Rujuk Semula

Pelakon Linda Hashim dan suami, pelakon Beego mengesahkan mereka telah bercerai pada 27 Mac lalu namun merujuk kembali ketika tempoh edah pada 9 April lalu.

ADVERTISEMENT

BACA : Ramai Tak Sangka Linda Hashim Dan Beego Ada Masalah Rumah Tangga, Hadir Ke Mahkamah Diam-Diam

Menurut laporan Harian Metro, Linda yang dihubungi media memaklumkan bahawa perceraian itu berlaku disebabkan tiada persefahaman selain kurang berkomunikasi.

Perceraian kami bukan disebabkan oleh penyondol (orang ketiga). Begitu juga, bukan kerana masalah kewangan sebagaimana yang dihadapi pasangan lain.

Katanya lagi, masalah itu mungkin berlaku kerana masing-masing lebih gemar menyimpan sesuatu masalah dalam hati dan tidak berbincang mahupun berkomunikasi.

Sementara itu, Beego yang turut hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bersama isteri bagi tujuan membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak berkata apa yang berlaku dalam rumah tangga adalah asam garam bagi setiap pasangan yang berkahwin.

Apapun, saya bersyukur kami boleh berbaik semula dalam tempoh yang singkat dan dapat menyelamatkan rumah tangga ini semula demi perasaan kami dan anak-anak.

Terdahulu, Linda dan Beego telah mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra,8 dan Indah Camelia, 4.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas