Connect with us

Oh! Media

“Lepas Ni Zip Mulut” – Isu Beraya Dengan Abang, Syafiq Yusof Kesal Kenyataan Ditokok Tambah

syafiq yusof

Oh! Artis

“Lepas Ni Zip Mulut” – Isu Beraya Dengan Abang, Syafiq Yusof Kesal Kenyataan Ditokok Tambah

Pengarah, Syafiq Yusof meluahkan rasa kesal dengan segelintir media yang menokok tambah kenyataannya berhubung isu beraya dengan abang, Syamsul Yusof pada Syawal ini.

ADVERTISEMENT

BACA: “Apapun Berlaku, Saya Akan Berjumpa Dan Beraya Dengan Abang” – Syafiq Yusof

Menurut pengarah filem Polis Evo 3 ini lagi, dia cuma mendoakan yang baik-baik dan mengharapkan isu yang melanda abangnya selesai cara baik.

Katanya lagi, sebagai adik, dia mestilah akan berjumpa abang untuk beraya bersama, itu sahaja.

Syafiq Yusof kesal kenyataan ditokok tambah

syafiq yusof

Ekoran kenyataan diputar belit media, anak kepada penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam ini enggan membuka mulut dan memberikan sebarang komen lagi selepas ini.

isteri syafiq yusof

Isteri Syafiq Yusof, Aeisah Zainal juga membetulkan perkara sebenar bahawa mereka mahu beraya dan berkumpul dengan ahli keluarga seperti kebiasaan tahun-tahun sebelum ini bukannya seperti dilaporkan media.

Terdahulu, viral di media sosial dakwaan Syafiq Yusof akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama abangnya, Syamsul serta kakak ipar baharu, Ira Kazar.

Kredit: Instagram Syafiq Yusof

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas