Connect with us

Oh! Media

“Apapun Berlaku, Saya Akan Berjumpa Dan Beraya Dengan Abang” – Syafiq Yusof

syafiq yusof

Oh! Artis

“Apapun Berlaku, Saya Akan Berjumpa Dan Beraya Dengan Abang” – Syafiq Yusof

Itulah sebaiknya. Betullah apa yang dikatakan pengarah, Syafiq Yusof yang hubungan keluarga tetap perlu dijaga dengan baik tidak kira apa berlaku.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Utusan, Syafiq memaklumkan dia akan tetap menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama abangnya, Syamsul serta kakak ipar baharu, Ira Kazar.

Apapun berlaku, saya akan berjumpa dan beraya dengan abang. Saya memang dah rancang akan pergi rumah abang dan bawa isteri sekali.

Saya harap hubungan keluarga kami kembali seperti dulu kerana tiada manusia yang sempurna di dunia. Hari Raya adalah peluang bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Syafiq Yusof dalam pada itu turut percaya abangnya itu kuat untuk mengharungi isu yang dialaminya.

syafiq yusof

Abang balas mesej dan dia sedar apa yang terjadi. Sebagai adik, saya perlu bagi sokongan moral selepas dia diserang daripada pelbagai penjuru terutamanya daripada netizen. Saya harap krisis ini berakhir segera.

Saya selalu cakap banyak bersabar dan ini adalah ujian hidup dia. Saya percaya abang adalah individu yang kuat serta mampu mengharungi situasi ini.

Isu keluarga yang dialami Syamsul Yusof juga dilihat semakin ada sinar untuk diselesaikan secara baik selepas berjaya temui titik noktah antaranya dengan isteri pertama Puteri Sarah. Kita doakan yang terbaik buat mereka.

BACA: Prosiding Kedua Pendamaian Antara Syamsul Yusof Dan Puteri Sarah Akhirnya Selesai

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas