Connect with us

Oh! Media

Lepas Bercerai Dengan Mizz Nina, Noh Salleh Akui Hidupnya Sukar Macam Lagu ‘Manusia’

Oh! Artis

Lepas Bercerai Dengan Mizz Nina, Noh Salleh Akui Hidupnya Sukar Macam Lagu ‘Manusia’

Penyanyi, Noh Salleh mendedahkan yang dia telah menjalani kehidupan yang sukar setelah bercerai dengan bekas isteri, Mizz Nina pada tahun ini.

ADVERTISEMENT

Noh juga mengatakan yang dia terpaksa berebut hak penjagaan anak angkat mereka, Musa dengan bekas isteri setelah perceraian itu.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Pophariini, hal ini dikongsikan penyanyi itu ketika menjawab soalan tentang lagu-lagu Indonesia yang menjadi pilihannya.

Lagu Manusia (nyanyian David Bayu) benar-benar satu refleksi terhadap diri saya. Sejak enam bulan lalu saya melalui kehidupan yang sukar.

Saya bercerai dengan isteri, kemudiannya berebut anak. Lagu Manusia seakan kena dengan diri saya sebagai seorang manusia yang melalui detik sukar dalam hidup.

Sebelum ini, Noh dan Mizz Nina mengumumkan bahawa mereka sudah tidak lagi bersama sekitar bulan Ogos tahun lalu.

Kredit: Instagram Pophariini

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas