Connect with us

Oh! Media

“Lelaki Tahu Sedap Je”, Fizo Omar Kena ‘Ceramah’ Dengan Netizen

Fizo Omar

Oh! Artis

“Lelaki Tahu Sedap Je”, Fizo Omar Kena ‘Ceramah’ Dengan Netizen

Rasanya ramai yang tahu bahawa isteri pelakon, Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri sedang hamil anak kedua setelah melahirkan anak pertama, Wan Khaleeda pada 25 Jun lalu di sebuah pusat perubatan di Serdang, Selangor.

ADVERTISEMENT

Kini, usia kandungan Fazeera sudah pun memasuki minggu ke-37 dan dalam laman Instagram, Fizo mengimbau kembali foto bersama isteri yang sedang sarat hamil sejak tahun lalu, sekaligus Wan Mariam memiliki dua adik dalam masa setahun.

Dalam pada memohon orang ramai untuk mendoakan urusan kelahiran anak kedua berjalan dengan lancar, pelakon itu sempat berseloroh untuk menimang anak ketiga pula pada tahun hadapan.

Fizo Omar

Susulan seakan-akan memberi hint pada isteri mahu menimang lagi anak ketiga pada tahun hadapan dan mahu menyiapkan diri, netizen telah meninggalkan pesanan ‘pedas’ buat Fizo di ruangan komen.

Pendapat netizen, Fizo seharusnya memberi masa buat isteri untuk ‘berehat’ selepas sudah melahirkan anak kedua nanti demi menjaga kesihatan dalam tubuh badannya.

Fizo Omar

Malah mereka turut merasakan, pasangan tersebut perlu menjarakkan usia kehamilan jika sudah merancang untuk mempunyai anak ketiga, agar dapat memberi sepenuh perhatian buat kesemua anak-anak mereka kelak nanti.

Kredit: Instagram Fizo Omar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas