Connect with us

Oh! Media

Lari Dan Lompat Pakai Heels Ketika Sarat Hamil, Netizen Risau Tengok Aksi Elfira Loy

Oh! Artis

Lari Dan Lompat Pakai Heels Ketika Sarat Hamil, Netizen Risau Tengok Aksi Elfira Loy

Seperti yang diketahui ramai, pelakon Elfira Loy kini sedang sarat hamil anak keduanya. Baru-baru ini, menerusi majlis kejutan ‘gender reveal’ oleh adiknya, pelakon ini dikhabarkan bakal menimang cahaya mata perempuan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kecil Lagi Dah Kena Paksa” – Netizen Tak Puas Hati Elfira Loy Hantar Anak Ke Playschool

Terbaru, Elfira menjadi tumpuan ramai apabila beraksi lasak berlari dan melompat memakai kasut tumit tinggi. Menerusi perkongsian video itu, dia dilihat memakai gaun berwarna ungu melompat di kawasan kolam renang.

Jelas Elfira, itu merupakan lokasi percutian impiannya namun kedatangannya kali ini ketika sedang hamil. Untuk datang sekali lagi mungkin memakan masa setahun.

So mommy kena beranikan diri. But don’t try this here okay mommies.

Para pengikut termasuk rakan artis meluahkan rasa terkejut dan bimbang berikutan pelakon itu sedang sarat hamil. Ada juga yang menegur supaya Elfira berhati-hati supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Kredit: Elfira Loy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas