Connect with us

Oh! Media

“Kecil Lagi Dah Kena Paksa” – Netizen Tak Puas Hati Elfira Loy Hantar Anak Ke Playschool

Oh! Artis

“Kecil Lagi Dah Kena Paksa” – Netizen Tak Puas Hati Elfira Loy Hantar Anak Ke Playschool

Sebagai seorang ibu, masing-masing pastinya mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak. Begitu juga dengan pelakon, Elfira Loy.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, pelakon ini telah menghantar anak lelakinya, Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia 2 tahun ke playschool.

BACA: Memang Tiptop Majlis Akikah Anak Elfira Loy Ni

Menerusi hantaran di Instagram Story, Elfira yang kini hamil anak kedua dilihat memuat naik ragam Rayyan ketika di sekolah. Macam biasa lah, anak-anak memang akan menangis kalau berpisah dengan ibu bapanya kan?

Namun lain pula ceritanya apabila ada yang tidak berpuas hati dan kesian melihat Rayyan seolah-olah dipaksa untuk ke sekolah.

Ala kesiannya. Kecil lagi dah kena paksa pergi school. Waktu umur macam ni budak selalu nak manja-manja dengan mak dia kalau mak tak bekerja duduk rumah.

Jelas Elfira, menghantar anak ke playschool boleh membantu anak-anak mengembangkan lagi ‘fine motor skills‘ mereka.

Malah, ada kajian menunjukkan terdapat perbezaan antara kanak-kanak yang aktif bermain serta montessori dengan kanak-kanak yang kurang terdedah kepada aktiviti sebegitu.

Kata pelakon ini lagi, ibu bapa berhak untuk membuat keputusan sama ada untuk menghantar anak ke playschool atau melatih sendiri mereka di rumah. Tetapi, janganlah pula menghentam keputusan orang lain.

Sebolehnya dia enggan melayan mesej-mesej sebegini, namun terpaksa menjelaskan stigma sesetengah ibu bapa yang kesian dengan anak.

Kredit: Instagram Elfira Loy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas