Oh! Artis
“Lantak La Orang Nak Cakap” – Ini Respon Zarina Zainuddin Bila Dituduh ‘Repair’ Hidung
Pada
Oleh
Pelakon Zarina Zainuddin menjadi tumpuan pengikut media sosial apabila bentuk hidungnya dilihat sedikit berubah.
BACA: “Saya Tak Suka Jadi Perampas” – Zarina Zainuddin Jumpa Isteri Pertama Minta Izin Bermadu
Menjawab kepada dakwaan itu, Zarina dalam laporan Astro Awani mengaku ada melakukan prosedur membetulkan bahagian hidungnya yang terjejas selepas pembedahan membuang cecair yang terkumpul di kawasan wajahnya.

Namun jelasnya, ianya tidak mengubah banyak pun. Jika mahu buat betul-betul, sudah tentu dia akan tegakkan dan mancungkan lagi hidung.
Lepas saya bedah dan buang cecair tu saya repair la hidung saya sikit, tak ada la buruk sangat hidung saya. Saya ini pelakon tak akan nak biar muka tak cantik kan.
Terdahulu, Zarina memaklumkan dia mengalami masalah sinus yang teruk sehingga selalu migrain. Selepas pembedahan, masalah itu semakin berkurang cuma ada sedikit sahaja lagi di bahagian sebelah hidung yang tinggal.
Lantak la orang nak cakap, nak kata saya buat muka ke apa ke, biarkan. Haters gonna hate, terangkan macam mana pun kalau dia tak suka sama juga.
Pelakon ini juga enggan peduli kecaman netizen yang menuduhnya membuat pembedahan untuk kecantikan semata-mata sebaliknya ianya di atas faktor kesihatan.
Kredit: Astro Awani
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Anees Ayunie jelaskan maksud ‘perit bantu orang miskin’ selepas luahannya mengenai bantuan kewangan menjadi perhatian.
Siti Nordiana terkejut wajahnya disalah guna dalam foto AI tidak senonoh yang tersebar menerusi TikTok.
Nama Sarah Yasmine kembali menjadi bualan selepas tangkap layar dan hantaran “Sarah Who?” mencetuskan tanda tanya...
Aisar Khaled mencuri perhatian selepas meminta orang ramai mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.
Jenny Besut mula membuat bayaran bagi hutang RM160,000 yang didakwa oleh Al-Amin, dengan RM1 sebagai bayaran...