Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Suka Jadi Perampas” – Zarina Zainuddin Jumpa Isteri Pertama Minta Izin Bermadu

Oh! Artis

“Saya Tak Suka Jadi Perampas” – Zarina Zainuddin Jumpa Isteri Pertama Minta Izin Bermadu

Menerusi program MUM, ‘Korban kasih Zarina Zainuddin’ bersama Sinar Harian, pelakon Zarina Zainuddin mendedahkan dia sendiri mahu berjumpa dengan isteri pertama suaminya, Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar meminta izin untuk menjadi madu.

ADVERTISEMENT

Kongsi Zarina Zainuddin, ketika suaminya menyatakan hasrat untuk menikahinya, dia menjawab mahu bercakap sendiri dengan bakal madu kerana tak mahu dianggap perampas suami orang.

Minta izin jumpa isteri pertama

@sinarharianonline ‘Kalau diizinkan saya kahwin’ dalam program #MUM, ‘Korban kasih Zarina Zainuddin’, hanya di seluruh platform digital #SinarHarian ♬ original sound – Sinar Harian

Zarina menganggap suami serius mahu menikahinya kerana secara ‘gentleman’ terus membawanya jumpa isteri pertama keesokan harinya.

Biar saya sendiri yang minta izin dengan isteri abang. Jika diizinkan saya kahwin, kalau tak diizinkan saya takkan kahwin dengan suami orang.

Katanya ketika berjumpa isteri pertama, isteri pertama bertanya adakah dia mahu berkahwin dengan suaminya kerana kekayaan. Zarina menjawab dia ada berjumpa dengan lelaki yang lebih kaya daripada suaminya, tapi dia tak pernah jumpa lelaki yang berhati besar nak angkat dirinya sebagai isteri.

“Insan amat saya sanjungi”

Namun selepas berkahwin pelakon ini mengaku banyak makan hati kerana ketika itu suami tak begitu mengendahkan dirinya. Suami sibuk mengambil semula hati isteri pertama kemungkinan kerana berasa bersalah.

Suami tak balik rumah saya, dia suka hati balik tak balik. Dia lebih kepada sana. Makan hati berulam jantung tau.

Jelasnya, sepanjang perkahwinan dia banyakkan bersabar dan cuba menjadi yang terbaik untuk rumahtangganya.

Kini usia perkahwinan Zarina dan suami sudah memasuki tempoh 29 tahun.

Kredit: TikTok | Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas