Oh! Artis
“Laki Orang Dengan Bini Orang..” – Sakan Menari Sambil Peluk, Netizen Tegur Emma Dan Shah Jaszle
Pelakon Shahz Jaszle dan Emma Maembong mengundang kritikan ramai selepas memuat naik video menunjukkan aksi mereka sedang menari sambil berpelukan.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, mereka berpegangan tangan menari daripada berpakaian t-shirt biasa sehinggalah kepada pakaian pengantin.
Rata-rata daripada netizen meluahkan rasa kurang senang memandangkan kedua-duanya sudah berkahwin dan memiliki keluarga sendiri.
Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, netizen turut bimbang perbuatan seperti itu akan dianggap ‘biasa’ dan menjadi budaya.
@shahzjaszle #weddingtiktok2022 ♬ original sound – Shahzjaszle
Tak kurang juga yang meluahkan rasa rindu dengan penampilan Emma Maembong yang dahulunya pernah menutup aurat dengan sempurna dan berhijab.



Kredit: TikTok Shahz Jaszle
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM