Oh! Artis
“Kualiti Sebuah Kritikan” – Shahrol Shiro Persoal Juri MLM2021, Banding Dengan Indonesia
Pelawak, Shahrol Shiro mempersoalkan barisan juri Maharajalawak Mega 2021 yang sepatutnya dipilih dalam kalangan pelawak berpengalaman.
BACA: ‘Dunia Lawak’ Kembali, Ini 11 Kumpulan Yang Bakal Bertanding Dalam MLM 2021
Menurutnya, teguran juri yang berpengalaman membantu peserta membetulkan kesilapan serta kualiti persembahan. Dengan cara itu, kualiti lawak peserta boleh ditingkatkan pada persembahan minggu berikutnya.

Anggota kumpulan Shiro ini turut memuji barisan juri pertandingan program komedi Indonesia yang terdiri daripada ‘otai’ dalam bidang lawak.
Jika dilihat, profil mereka ini bukan ‘kaleng-kaleng’, salah seorang daripada juri pernah membuat persembahan stand up komedi di 24 kota di lima benua dunia.
Pelawak yang juga pelakon Shiro ini mencari kualiti dalam sebuah kritikan. Jika persembahan itu bagus, juri haruslah memujinya. Jika tidak bagus, juri harus menjelaskan apa yang perlu diperbetulkan.
Shahrol Shiro memberi gambaran bagaimana jika pemain bola sepak profesional meminta komen dan nasihat daripada mak andam. Nasihat yang diterima mestilah berkaitan dengan solekan sebelum masuk ke padang.
Meninjau ke ruangan komen, pelawak ‘lejen’ Saiful Apek berpendapat, pertandingan komedi di Malaysia dikatakan seperti tiada nilai jika semua yang terlibat adalah pelawak semata-mata.
Ini kerana, bidang lain seperti lakonan, pengacaraan dan penyampai radio juga banyak ditakluki oleh pelawak.
Kredit: Facebook | Instagram Shahrol Azizie Azmi
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM