Connect with us

Oh! Media

‘Dunia Lawak’ Kembali, Ini 11 Kumpulan Yang Bakal Bertanding Dalam MLM 2021

Oh! Artis

‘Dunia Lawak’ Kembali, Ini 11 Kumpulan Yang Bakal Bertanding Dalam MLM 2021

Rancangan pentas lawak popular di Malaysia, Maharaja lawak Mega (MLM) akhirnya bakal membuka tirai selepas lebih setahun tidak dipertandingkan oleh kerana musim pandemik.

ADVERTISEMENT

Bagi peminat setia rancangan lawak, sudah pasti ramai yang tertunggu-tunggu program lawak ini yang menampilkan barisan pelawak-pelawak hebat setiap minggu.

Bagi tahun 2021, program ini akan menampilkan 11 kumpulan yang bakal berentap bagi memberikan persembahan lawak baharu, terpadu yang semestinya menghiburkan anda semua.

Program tersebut bakal berlangsung pada 15 Oktober 2021 pada jam 9.00 malam di Astro Warna dan Astro Go. Pengacaranya seperti biasa Dato’ AC Mizal.

Namun, adakah anda semua telah mengenali senarai peserta serta kumpulan yang bakal bertanding? jadi mari kita lihat senarai 11 kumpulan yang bakal berentap bagi merebut kejuaraan bagi edisi kali ini.

1. PUTEH (Vicha, Mamak dan Ali)

2. BORO (Fad, Atu dan Achey)

3. ORIX (Abu MAMU, Yassin Senario dan Achok Chilok)

4. 3OTAK (Phoon Chi Ho, Prakash Daniel dan Farid Azmeir)

5. R&R (Man Posmen dan Rahim Sepahtu)

6. TOBAT (Bell Ngasri, Ropie dan Shuk Sahar)

7. OTAI (IEDA Moin, Azlee Senario dan Acong)

8. TIRO (Sharif Zero, Syaiful Zero dan Danial Zaini)

9. TAICI (Chiwon Chilok, Ilham ABATA dan Tapai KIUT)

10. BAHYE (Zahir AF, Shashic dan Nizam Jentik-Jentik)

11. CAWAN (Che Mat Raja Lawak, Aliff Yasraf dan Wan Gegau)

Nampaknya hampir semua kumpulan terdiri daripada pelawak-pelawak baharu. Jadi kumpulan mana agaknya bakal menjadi juara untuk edisi kali ini? Kita tunggu dan lihat.

Kredit: CARA2U I Instagram Zon Lawak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas