Oh! Artis
“Korang Sendiri Nampak Betapa Susahnya Saya Cari Duit..” – Puteri Sarah
Pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, mengambil pendekatan bijak dengan tidak melayan gosip yang berlegar tentang dirinya. Keutamaannya kini adalah fokus kepada keluarga dan rezeki yang diperoleh dengan usaha gigih.
Dalam satu perkongsian di TikTok, Puteri Sarah meluahkan betapa dia bekerja keras demi menyara keluarga.
Puteri Sarah buat pilihan bijak! Fokus kerja & keluarga…

Korang semua tahu saya busy shooting dan korang pun tahu saya buat live macam nak gila dari pagi sampai malam.- Katanya.
Menurutnya, dia tidak mahu membazirkan masa mendengar perkara negatif yang disebarkan oleh orang luar.
Korang sendiri nampak betapa susahnya saya cari duit jadi saya tak akan layan mana-mana gosip atau dengar apa yang orang cakap pasal saya.- Tambahnya lagi.
Masih kekalkan hubungan baik dengan mentua

Puteri Sarah turut menegaskan bahawa hubungan bersama keluarga mentua masih dalam keadaan yang baik meskipun pelbagai cerita tersebar.
Pendekatan ini menunjukkan kematangan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup.
Puteri Sarah harap netizen tidak ganggu percutian…
Selain itu, dia turut mengingatkan agar tidak mencampuri urusan peribadinya ketika bercuti bersama keluarga.
Jangan rosakkan holiday saya hanya kerana orang sekeliling ni.- Tegasnya.
Puteri Sarah memilih untuk fokus pada detik berharga bersama keluarga dan tidak membiarkan isu remeh mengganggu kebahagiaan mereka.
#OhmediaNasihat
Kadang-kadang, gosip hanya mencerminkan cakap-cakap kosong yang tidak membantu hidup kita. Belajarlah daripada Puteri Sarah yang memilih untuk tidak melayan perkara negatif dan terus fokus kepada perkara penting.
Hargai masa bersama keluarga dan rezeki yang diperoleh dengan usaha.

Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM