Connect with us

Oh! Media

Kim Seri Sah Bergelar Isteri Oppa Korea, Mohon Doa Dimurahkan Rezeki

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Artis

Kim Seri Sah Bergelar Isteri Oppa Korea, Mohon Doa Dimurahkan Rezeki

Selepas melalui pelbagai fasa kehidupan, pempengaruh media sosial Kim Seri akhirnya melangkah ke fasa baru apabila sah bergelar isteri kepada lelaki Korea Selatan yang dikenali sebagai Choi Amin.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina, 40, menerusi Instagram miliknya hari ini.

Kim Seri bersyukur, pernikahan dilakukan sederhana…

Img 4755

Dalam foto yang dimuat naik, mereka kelihatan berpakaian sedondon sambil berpegangan tangan, menambahkan lagi momen romantik dalam majlis pernikahan mereka.

IKLAN

Dua jiwa. Satu janji. Satu perjalanan. Semoga Allah SWT merahmati perkahwinan ini dan jadikan kami pasangan yang mengikut syariat-Nya.- Tulis Kim Seri.

Pasangan ini memilih untuk mengadakan majlis pernikahan yang ringkas, namun tetap meninggalkan kenangan yang cukup bermakna buat mereka.

Alhamdulillah… pernikahan yang ringkas tapi bermakna. Syukur atas segala nikmat-Nya.- Tambahnya lagi.

Mohon doa dipermudahkan urusan selesaikan hutang…

Img 4756

Menerusi satu lagi hantaran di Instagram Story, Kim Seri turut memohon doa daripada orang ramai agar dimurahkan rezeki dan diberi kekuatan untuk menyelesaikan hutang-hutang yang masih ada.

Beliau secara terbuka berkongsi harapan agar kehidupan barunya ini membawa rezeki yang lebih stabil.

Img 4757

Terdahulu, Kim Seri pernah berdepan dengan spekulasi apabila ada dakwaan mengatakan dia berpisah dengan bekas suami kerana ingin berkahwin dengan lelaki Korea Selatan. Bagaimanapun, dia menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai fitnah.

Lucu juga bila ada yang kata saya cerai sebab nak kahwin dengan lelaki Korea. Saya kenal dia selepas beberapa bulan berpisah.- Jelas Kim Seri sebelum ini.

Pssttt! Jodoh itu rahsia Allah. Setiap perjalanan hidup pasti ada liku dan ujian yang perlu dihadapi. Tapi yang penting, jangan pernah berhenti berdoa dan terus melangkah dengan niat yang baik. Semoga Kim Seri dan suami diberi kebahagiaan, rezeki yang luas dan ketenangan dalam membina rumah tangga.

Kredit: Instagram Kim Seri
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas