Connect with us

Oh! Media

Khazrul Elzey Dedah Kisah Pertunangannya Dengan Zarina Anjoulie Hanyalah Rekaan Semata

Khazrul Elzey Zarina Anjoulie

Oh! Artis

Khazrul Elzey Dedah Kisah Pertunangannya Dengan Zarina Anjoulie Hanyalah Rekaan Semata

Usahawan yang merupakan tunang kepada Zarina Anjoulie iaitu Datuk Khazrul Elzey mendedahkan yang pertunangan mereka hanyalah rekaan yang dirancang Anju. Biar betul?

ADVERTISEMENT

Menurut laporan mStar, Khazrul mendakwa yang kisah pertunangan mereka itu dijadikan hanyalah untuk menaikkan kembali nama Anju.

Sebenarnya pasal tunang ini semuanya hanyalah satu rancangan Anju (panggilan Zarina) bagi melonjakkan kembali namanya.

Selepas enam bulan dia putus tunang, dia kembali memujuk saya untuk membantunya. Jadi saya tolonglah sebab saya sayangkan dia.

Saya tidak mahu salahkan sesiapa kerana niat saya hanya ingin membantunya.

Usahawan itu juga berkata tiada sebarang ruangan untuk hubungan mereka diteruskan yang dia lihat sebelum ingin menghentikan penipuan ini.

Ini adalah hubungan yang toksik. Saya sudah tidak mahu terlibat lagi. Jodoh di antara kami mungkin tidak ada.

Sampai bila saya nak bantu dia menipu diri sendiri? Saya tak mahu teruskan sebab sudah penat nak hadap benda ini.

Bukan tu jer, Khazrul juga memberitahu yang hubungan mereka ada banyak masalah termasuklah tidak mendapat restu dari pihak Anju.

Masyarakat di luar sana banyak mendoakan saya mendirikan rumah tangga dengan Anju. Nak nikah di mana-mana pun boleh tapi masalahnya kena ada restu ibu.

Saya dan Anju mungkin tak boleh bersama lagi sebab bagi saya restu keluarga itu sangat penting.

Selepas enam bulan dia putus tunang, dia kembali memujuk saya untuk membantunya.

Khazrul Elzey juga mendedahkan yang Anju langsung tidak mengendahkannya apabila menasihati supaya jangan melibatkan diri dalam sebarang kontroversi. Perkara ini juga turut memberi impak negatif kepada usahawan itu.

Impaknya sangat negatif terhadap bidang kerja saya.

Contonya ada satu kes Anju dengan seorang pelakon, bercakap tentang perkara-perkara mengarut.

Perkara tersebut telah mendapat liputan media. Bos-bos saya semuanya ada media sosial dan tahu tentang kontroversi yang terkait dengan Anju.

Mereka akan tanya kepada saya apa yang berlaku dan saya perlu terangkan semuanya. Jadi perkara itu tidak baik untuk diri dan kerjaya saya.

Satu Malaysia kena tipu lah ni? Apapun, kita tunggu juga penjelasan dari Zarina Anjoulie mengenai perkara ini.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas