Connect with us

Oh! Media

Kes Dadah, Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara, Hanya Perlu Bayar Denda RM5,000

Oh! Artis

Kes Dadah, Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara, Hanya Perlu Bayar Denda RM5,000

Pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari yang didakwa menggunakan dadah sekitar tahun lepas terlepas daripada hukuman penjara dan hanya perlu membayar denda sebanyak RM5,000.

ADVERTISEMENT

BACA: Datuk Farid Kamil Di Penjara 9 Bulan

Memetik laporan Bernama, keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said membenarkan rayuan akhir, Farid Kamil untuk mengetepikan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan ke atasnya pada 2019 yang lalu.

Namun begitu, sekiranya gagal membayar denda, Farid akan diperintahkan untuk dipenjara selama enam bulan.

Dalam masa yang sama, Hakim Kamaludin juga mengekalkan dua tahun pengawasan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terhadap pelakon itu.

Hakim juga memaklumkan bahawa tiada satu penjelasan konkrit yang boleh menyatakan bahawa hukuman tersebut setimpal dengan kesalahan dilakukan serta tiada aspek pemberatan seperti tiadanya kesalahan lampau.

Ini kerana kes-kes mahkamah menunjukkan sama ada untuk menjatuhkan hukuman penjara dan denda, mahkamah bergantung kepada fakta kes itu. Dalam kes ini, kami dapati faktanya adalah jelas dan tidak menjurus kepada kesalahan terlalu serius atau berat.

Oleh itu, mahkamah bersetuju dengan hujah peguam perayu dan memutuskan bahawa hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan Mahkamah Majistret dan disahkan oleh Mahkamah Tinggi, diketepikan serta diganti dengan hukuman denda RM5,000. Dua tahun pengawasan di bawah AADK dikekalkan.

Turut hadir di mahkamah isterinya, pelakon Diana Danielle dan adik Farid Kamil iaitu Fadzil.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas