Connect with us

Oh! Media

“Kentalnya Dia Nyanyi” – ‘Kesetiaan’ Versi Shuib Buat Ramai Bergenang Air Mata

Oh! Artis

“Kentalnya Dia Nyanyi” – ‘Kesetiaan’ Versi Shuib Buat Ramai Bergenang Air Mata

Pemergian Siti Sarah Raissuddin akibat Covid-19 kira-kira 6 bulan lalu sememangnya meninggalkan kesan mendalam. Sehingga ke hari ini, ramai yang masih bersedih apabila terkenangkan penyanyi itu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Bahagianya Hidup Sarah, Baik Dan Ikhlasnya Dia Bersama Shuib”

Malah baru-baru ini, Datuk Siti Nurhaliza sendiri mengalirkan air mata ketika peserta Big Stage, Aisha Retno mendendangkan lagu ‘Kesetiaan’.

Terbaru, Shuib mengundang rasa sebak netizen apabila menyanyikan lagu itu ketika live di Instagram. Kata Shuib, itu merupakan kali pertama dalam hidupnya menyanyikan lagu Kesetiaan.

@itsmemyjaaaa abg ib potong bawang 😔🥲 . sebakk do hmm #fyp ♬ original sound – Coffeesusu ♡

Rasanya seumur hidup first time nyanyi lagu ni, tak pernah nyanyi lagu ni.

Di ruangan komen perkongsian TikTok @itsmemyjaaaa, orang ramai tak tahan sebak dan mengalirkan air mata melihat tabahnya hati seorang suami.

Selain itu, netizen memuji suara Shuib yang merdu dan meminta Shuib ‘cover’ lagu nyanyian arwah. Memang terasa sangat ke hati kan?

Semoga terus tabah buat Shuib dan keluarga.

Kredit: TikTok @itsmemyjaaaa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas