Connect with us

Oh! Media

“Kenapa Suruh I File Permohonan Buang Nama You Dari Surat Beranak Anak?” – Diana

diana

Oh! Artis

“Kenapa Suruh I File Permohonan Buang Nama You Dari Surat Beranak Anak?” – Diana

Pelakon Diana Danielle terpaksa membuka mulut mendedahkan kemelut rumah tangga selepas suaminya, Farid Kamil dikatakan menggunakan media untuk meraih simpati.

ADVERTISEMENT

Pelakon ini juga menafikan dakwaan insiden anak perempuannya, Aurora memetik cili di rumah jiran menjadi punca dia memohon cerai.

BACA: Sampai Keluar Air Mata, Farid Kamil Akhirnya Dapat Jumpa Anak Tapi Aurora Tiada

Dalam hantaran terbaru, Diana mendakwa dah empat bulan Farid Kamil tak membayar nafkah. Malah, ibadah umrah mereka sekeluarga pada Februari lalu ditanggung Diana sepenuhnya.

diana danielle

Kongsinya, suami ada berkata akan bayar untuk kos penerbangan dan penginapan tetapi sayangnya sampai ke hari ini ianya sekadar kata-kata.

Dia boleh beli kereta baru, beli cincin berapa ribu (ganti cincin kahwin hilang tu) dan apa lagi lah, tapi nafkah dan hutang masih tergantung.

Tak cukup di situ, pelakon filem Imaginur ini berkata Farid Kamil mula menengking anak pada malam sebelum insiden petik cili disebabkan hal remeh.

Pada pagi hari, Farid masih menengking anak dan menengking dirinya pada waktu tengah hari sebab tak jumpa seluar yang dicari. Pada sebelah petangnya pula, Aurora ditengking lagi kerana memetik cili di rumah jiran.

2 hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati. Aurora menggigil minta tolong dengan saya sebab dia sangat takut.

Diana berkata, Aurora dipaksa duduk dalam bilik pada malamnya kerana Farid mahu sambung ‘ajar’ anak. Bila Diana periksa, dia melihat Aurora tidur di atas lantai depan pintu bilik tandas berlapikkan sejadah.

Berasa sedih melihat keadaan anak, Diana cuba mengambil anak untuk tidur bersamanya di bilik tetapi dihalang Farid Kamil. Dakwanya, Farid mengugut akan pukul anak pada esok harinya pula.

diana danielle cerai

Diana turut mempersoalkan jika benar Farid sayangkan anak, mengapa Farid mahu membuang bin dan binti anak-anaknya.

Kredit: Instagram Diana Danielle

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas