Connect with us

Oh! Media

Sampai Keluar Air Mata, Farid Kamil Akhirnya Dapat Jumpa Anak Tapi Aurora Tiada

farid kamil

Oh! Artis

Sampai Keluar Air Mata, Farid Kamil Akhirnya Dapat Jumpa Anak Tapi Aurora Tiada

Orang selalu kata bukan senang nak lihat air mata seorang lelaki ni tapi bila ia keluar, kita akan tahu ia datang dari hati. Ohmedia turut rasa sebak selepas melihat air mata pelakon, Farid Kamil mengalir apabila bercakap soal anak-anak dan isterinya, Diana Danielle.

ADVERTISEMENT

Melihat daripada laporan Melodi TV3, Farid akhirnya dapat berjumpa dengan anaknya iaitu Muhammad. Bagaimanapun, dia masih tidak dapat berjumpa dengan Aurora dengan alasan anak perempuannya itu masih trauma.

Farid Kamil jelaskan apa yang terjadi dengan Aurora isu cili…

farid kamil

Farid yang sebelum ini hairan dengan dakwaan itu akhirnya terima surat peguam yang menyatakan anaknya trauma sejak kejadian memetik cili di rumah jiran. Sebaik sahaja membaca alasan itu, Farid meminta isterinya untuk tidak memperbesarkan perkara kecil kerana menjadi tanggungjawabnya sebagai bapa untuk menegur tingkah laku anak.

Apa yang berlaku adalah Aurora masuk rumah jiran tanpa kebenaran dan petik cili. Saya cakap itu salah dan boleh dianggap mencuri.

Saya tanya dia sama ada hendak rotan atau berdiri di tepi dinding. Aurora pilih berdiri di tepi dinding. Diana pun baru balik masa itu dan tak puas hati melihat denda yang berlaku.

“Apa dosa besar saya buat?” – Farid Kamil.

diana danielle

Janganlah heret benda kecil seperti petik cili ke mahkamah. Ia hanya akan mengambil masa dan kos yang sangat banyak. Benda kecil seperti ini tidak perlu dibesarkan. Cukuplah kesengasaraan yang saya alami sejak 2017. Sepatutnya, 2023 adalah tahun untuk kita mulakan kehidupan bersama semula.

Dalam pada itu, Farid tidak mahu menceritakan apa yang berlaku semasa mereka berdua ke tanah suci namun akan tetap berjuang demi anak-anak.

Temubual penuh Farid Kamil bersama Melodi TV3…

https://www.tiktok.com/@melodiberapi/video/7217323902949657862

Kredit: TikTok Melodi Berapi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas