Oh! Artis
“Kenapa Pergi Konsert Murahan Ni Perlu Bawa Sekali Bendera Palestin?”- Netizen
Konsert Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) kumpulan terkenal antarabangsa Coldplay disambut meriah oleh kira-kira 85,000 peminat malam tadi. Walaupun suasana hujan, kumpulan ‘lejen’ ini tetap memberikan yang terbaik untuk penontonnya.
Di Instagram, selebriti popular Fazura turut berkongsi pengalaman ke konsert itu. Wah baru tahu Fazura rupa-rupanya peminat Coldplay.

Tulis Fazura, sebenarnya dia dah lama bercita-cita nak tengok konsert kumpulan itu memandangkan dia membesar mendengar lagu-lagu Coldplay. Pendek kata memang banyak kenanganlah!
Faz pun mengakui sedikit beremosi apabila Coldplay memainkan lagu Fix You, The Scientist, Sparks dan Sky Full Of Stars.

Tetapi, tindakan isteri kepada Fattah Amin mengibarkan bendera Palestin ketika konsert itu mengundang rasa kurang senang orang ramai. Korang baca jelah sendiri komen ni.




Sementara itu, ada juga yang mempertahankan Fazura dan Fazura juga dilihat sempat membalas beberapa komen netizen.


Biasalah, dah lumrah selebriti setiap tindak tanduk sentiasa jadi perhatian ramai kan. Semoga Fazura tabah.
Kredit: Instagram Nur Fazura
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM