Connect with us

Oh! Media

“Kenapa Lelaki Macam Ni Wujud? Ayam Oh Ayam” – Opai Masuk Campur Isu Hak Jagaan Anak Fatin Dan Adam Shahz

fatin afeefa

Oh! Artis

“Kenapa Lelaki Macam Ni Wujud? Ayam Oh Ayam” – Opai Masuk Campur Isu Hak Jagaan Anak Fatin Dan Adam Shahz

fatin afeefa

Pelakon Fatin Afeefa sebelum ini membantah permohonan pindaan bekas suaminya, Adam Shahz berkaitan hak lawatan dan bermalam dengan anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia.

ADVERTISEMENT

BACA: Adam Shahz Tuntut Hak Lawatan Dan Bermalam Dengan Anak, Tapi Dibantah Fatin Afeefa

Disebabkan keputusan itu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan semula tarikh sebutan selepas Fatin selaku defendan.

Dalam pada itu, suami Fatin, Aliff Awang sempat memberi respon menerusi ruangan komen di hantaran Instagram Melodi TV3 dengan memerli bekas suami isterinya.

“Ayam ohhh ayam…” – Opai.

Hantaran tersebut menunjukkan keadaan di mahkamah dan turut mempamerkan Fatin serta Adam yang hadir untuk prosiding perbicaraan.

Beberapa individu membalas komen Aliff yang dikenali sebagai Opai itu dan menegurnya untuk tidak terlalu masuk campur urusan isterinya dan Adam selaku ibu bapa kepada Ivy.

Malah, menerusi Instagram story, Aliff telah memuat naik video menunjukkan dia menemani isteri serta turut persoal tentang kewujudan lelaki seperti Adam.

“Tak faham, kenapa ada lelaki macam ni wujud dekat dunia.” – Opai.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas