
Oh! Artis
Adam Shahz Tuntut Hak Lawatan Dan Bermalam Dengan Anak, Tapi Dibantah Fatin Afeefa
Oleh
Dalam sebutan kes pertama hari ini, pelakon Fatin Afeefa menfailkan bantahan kepada permohonan pindaan bekas suaminya, Adam Shahz berkaitan hak lawatan dan bermalam dengan anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia.
BACA: Fatin Afeefa Gagal Capai Kata Sepakat Dengan Bekas Suami, Adam Shahz
Lapor Kosmo!, Liyana Sihar selaku peguam mewakili Adam berkata pihaknya diarahkan untuk memfailkan pindaan secara bertulis selepas defendan iaitu Fatin membantah.
Permohonan pindaan Adam Shahz dibantah

Pihak kita sebenarnya memohon untuk membuat pindaan (hak lawatan) kepada yang telah difailkan sebelum ini iaitu tuntutan hak penjagaan penuh.
Menurut peguam lagi, selepas berbincang, anak guamnya bertolak ansur untuk beri hak jagaan kepada defendan. “Bila seseorang dapat hak jagaan, pihak lagi satu akan dapat hak lawatan tetapi dibantah”, ujarnya.
Kita nak bersama-sama menang cuma perkara ini dibantah dan percaya kami ada hak serta akan tuntut.
Pihaknya juga ada menfailkan perintah hak jagaan sementara untuk membolehkan anak guamnya berjumpa anak.
Kali terakhir jumpa anak pada Oktober lepas

Adam Shahz memberitahu, kali terakhir dia berjumpa anak pada Oktober tahun lalu. Pada majlis sulk lalu, dia diberitahu bekas isteri menghantar anak mereka ke sekolah berasrama tapi perincian lanjut tak dimaklumkan.
Saya telah disekat oleh keluarga sebelah sana termasuk bekas isteri dan sehingga hari ini tidak berhubung dengan anak.
Kemaskini untuk tuntutan kedua-dua pihak dijadualkan pada 17 April depan.
Kredit: Kosmo!
