Connect with us

Oh! Media

“Kenapa Artis Kena Beli Baju Sendiri?” – Sharifah Amani Bengang Sikap Sesetengah Syarikat Produksi

Oh! Artis

“Kenapa Artis Kena Beli Baju Sendiri?” – Sharifah Amani Bengang Sikap Sesetengah Syarikat Produksi

Tidak dapat disangkal lagi, nama Sharifah Amani merupakan salah satu pelakon tanah air yang pernah menarik perhatian ramai suatu ketika dahulu oleh kerana bakat lakonannya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tidak Perlu Buat Perbandingan” – Sharifah Amani Respon Ciapan Syed Saddiq

Sharifah Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 1992 selain pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2014.

Terdahulu, namanya terus menjadi perhatian selepas ‘perdebatannya’ dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengenai pembukaan panggung wayang.

Walaubagaimanapun, ‘perbalahan’ mereka dilihat selesai selepas masing-masing telah membuat permohonan maaf dan menerima secara baik perkara itu.

Kecewa artis kena beli baju sendiri

Namun, pelakon berusia 35 tahun itu telah meluahkan rasa kecewanya kerana masih wujud ‘budaya’ pelakon atau artis yang perlu menyediakan baju sendiri sebelum ke set penggambaran.

Sharifah Amani

Perkara itu dikongsikan melalui satu ciapan di laman twitter miliknya yang berpendapat bahawa budaya tersebut masih kekal dan tidak berubah dalam industri filem.

Menurutnya, perkara itu seharusnya tidak wajar berlaku memandangkan seringkali pengamal seni lakonan didendang dengan isu tidak setimpal dengan bayaran.

Sudah tahun 2021 dan pelakon dilihat masih lagi perlu menyediakan sendiri pakaian untuk sesebuah set penggambaran. Bajet sikit, bayaran pun sama. Jadi anda ingat pelakon kena cari penaja baju dan beli sendiri?

Saya betul-betul tak faham kenapa perkara seperti ini masih berlaku?

Selain itu, dia juga berkata bahawa perkara ini mampu menjadi faktor penonton adakalanya disajikan dengan pelakon yang memakai baju serupa.

Pasal tak semua mampu beli atau cari lain. Tak semua mampu gajikan jurugaya dan pasukan penata gaya mereka sendiri. Itu tanggungjawab produksi.

https://twitter.com/sharifahamani/status/1442741582751436800

Papar gambar contoh sesetengah produksi

Menerusi hantaran yang lain, Sharifah juga dilihat turut memaparkan gambar sesetengah produksi lain yang menyediakan baju kepada pelakon.

Dia juga turut mempertikai mengapa tidak semua syarikat produksi berbuat sedemikian dan kenapa mereka tidak menyeragamkan perkara itu.

https://twitter.com/sharifahamani/status/1443209045909803012

Meninjau di ruangan komen tweet tersebut, rata-rata netizen faham akan situasi tersebut dan berharap agar usaha untuk mengubah sistem ini akan membuahkan hasil satu hari nanti.

Kredit: Twitter Sharifah Amani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas