Connect with us

Oh! Media

“Kena Banyak Bersabar” – Kazar Kurangkan Tengok IG, Hormati Bulan Ramadan

Untitled Design   1

Oh! Artis

“Kena Banyak Bersabar” – Kazar Kurangkan Tengok IG, Hormati Bulan Ramadan

Seperti yang ramai tahu, nama pelakon veteran iaitu Kazar Saisi sering terkena tempias kontroversi yang melanda perkahwinan anak perempuannya, Ira Kazar dengan pengarah, Syamsul Yusof.

Kazar atau nama penuhnya Kazaruddin bin Saisi mengakui bulan Ramadan tahun ini banyak memberi pengajaran untuknya menjadi seorang yang penyabar.

Menurut pelakon berusia 63 tahun itu, dia juga mengelakkan diri daripada menggunakan media sosial bagi menghormati bulan puasa.

IKLAN

Bulan ramadan ni macam saya, kuranglah tengok Instagram sebab kita cuba hormati bulan Ramadan.

Bukan itu sahaja, Kazar turut berkata dia berusaha untuk memperbaiki diri setiap kali Ramadan tiba.

Itu apa yang saya belajar akhir-akhir ni, kena banyak bersabar. Terbuktilah sabar tu banyak ganjarannya.

Terdahulu, nama pelakon 7 Hari Mencintaiku itu dipetik selepas foto memaparkan Yusof Haslam bersama bapa kepada Puteri Sarah tular dan menjadi perhatian orang ramai.

Difahamkan, foto tersebut diambil ketika dua keluarga itu menyambut hari kelahiran anak kedua kepada Syamsul dan Puteri Sarah iaitu Sumayyah.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas