Connect with us

Oh! Media

Kelibat Pelakon Yang Juga Kakak Kepada Artis Wanita Ditangkap Khalwat Dengan Aliff Aziz Dilihat Selepas Tangkapan

Oh! Artis

Kelibat Pelakon Yang Juga Kakak Kepada Artis Wanita Ditangkap Khalwat Dengan Aliff Aziz Dilihat Selepas Tangkapan

Satu serbuan telah dilakukan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) awal pagi tadi yang berjaya menangkap khalwat pelakon lelaki, Aliff Aziz dan seorang pelakon wanita yang bersedudukan di dalam sebuah kondominium mewah. Allahu..

ADVERTISEMENT

BACAAliff Aziz Liat Sampai 3 Jam Nak Buka Pintu Lepas Kantoi Berkhalwat Dengan Pelakon Wanita Jelita Ini

Menurut laporan Harian Metro, setelah dimaklumkan mengenai tangkapan itu, ahli keluarga kepada pelakon wanita yang dicekup berkhalwat dengan Aliff itu juga ada di kondominium mewah itu.

Kelibat kakak kepada pelakon wanita itu yang juga merupakan seorang pelakon dilihat ada di situ bersama dua adiknya yang lain. Mereka dipercayai tiba di lokasi selepas dihubungi pelakon wanita berkenaan.

Mereka kemudiannya beredar dari lokasi berkenaan selepas penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) dan pengawal keselamatan minta untuk berbuat demikian.

Walau bagaimanapun, pihak Harian Metro cuba untuk mendapatkan kenyataan daripada kakak pelakon wanita itu tapi tidak berjaya sehingga kini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas