Usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim menjadi perbualan ramai apabila didakwa berkahwin dengan abang kepada seorang pelakon wanita.
Dakwaan ini timbul selepas Bonda Rozita tampil mempromosikan produknya dan kelihatan seorang lelaki di sampingnya.
Bonda Rozita kahwin lagi?
Spekulasi dikuatkan lagi apabila pelakon Rebecca Nur Al Islam memanggil Bonda Rozita sebagai ‘kakak iparku’.
Namun, menantunya, Datin Seri Shahida, memilih untuk tidak memberikan sebarang komen kerana merasakan dirinya bukan individu yang layak mengulas perkara tersebut.
“Saya hanya menantu, biar tuan badan yang cerita”
Memetik laporan Kosmo!, Shahida menegaskan bahawa perkahwinan ibu mentuanya adalah hal peribadi dan lebih wajar dijelaskan oleh ahli keluarga terdekat atau tuan badan sendiri.
Saya tidak menidakkan atau mengiyakan, kalau boleh biar tuan badan sendiri (ibu mentua) yang membuka cerita.
Isteri kepada usahawan Datuk Aliff Syukri ini menjelaskan kedudukannya hanyalah sebagai menantu dan beranggapan ianya sensitif untuk dikongsi.
Mendoakan kebahagiaan Bonda Rozita
Walaupun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, Shahida tetap menyatakan bahawa dia sentiasa mengharapkan kebahagiaan buat ibu mentuanya.
Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ibu bapa sebab sebagai anak, kita hanya mahukan yang terbaik untuk mereka. Sudah tentu kita mahukan ibu bapa gembira dan bahagia. Jika perkara itu (perkahwinan) yang buatkan dia bahagia, Alhamdulillah dan memang bersyukur.
Bagaimanapun, Shahida memilih untuk tidak memberikan komen mengenai status perceraian Bonda Rozita sebelum ini.
#ApaKataOhmedia
Kalau betul, tahniah diucapkan kepada Bonda Rozita. Doakan yang baik-baik semoga Bonda kekal bahagia ke akhir hayat.