Oh! Artis
“Kawan Sendiri Pun Saya Tak Mampu Kawal” – Irma Hasmie Kunci Mulut, Isu Cerai Terlalu Peribadi
Sehingga ke hari ini, pelakon dan pengacara Irma Hasmie mengunci mulut daripada memberikan kenyataan mengenai isu penceraian bersama Redza Syah Azmeer.
Dalam laporan Kosmo!, Irma berkata isu tersebut terlalu peribadi dan cukuplah sekadar diketahui orang-orang terdekatnya.

Malah, dia juga mengakui tidak dapat mengawal pihak-pihak seperti sahabat baiknya yang bertindak mengesahkan status penceraiannya di media sosial.
Semua ini berlaku di luar kawalan saya. Tentu individu terdekat tahu perkara sebenar. Namun itulah saya cakap, kawan sendiri pun saya tak mampu nak kawal.
Jelas Irma lagi, mungkin ketika itu sahabat-sahabatnya hanya mahu bersuara bagi pihaknya apabila orang ramai tertanya-tanya status hubungan selepas bekas suami mengumumkan berkahwin baru.

Apa yang terjadi mengenai rumah tangga saya sebelum ini adalah satu proses yang panjang. Buat waktu sekarang, boleh dikatakan saya okey, alhamdulillah.
Perkara itu terlalu peribadi untuk diperkatakan atau ungkitan, bahkan saya rasa masyarakat pun memahami keadaan tersebut.
Irma kini sebenarnya sudah berdamai dengan takdir dan selesa mencari ketenangan diri bersama insan-insan tersayang di sekeliling.
Pelakon filem Main-main Cinta ini bersyukur dua anaknya iaitu Syed Irfha dan Irma Nur Naylie berada di bawah jagaannya dengan baik.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM