Connect with us

Oh! Media

eilyas azhar dan zarina anjoulie

Oh! Artis

“Kau Nak Yas Tinggalkan Aku, Kahwin Dengan Kau?” – Suami Dedah Terima DM Hina Zarina Anjoulie

Umum mengetahui bahawa Zarina Anjoulie dan Eilyas Azhar sudah rujuk semula, tidak sampai sebulan mereka membuat keputusan untuk berpisah. Berita itu nyata disambut baik oleh orang ramai memandangkan mereka yang kelihatan secocok bersama.

BACA: “Nak Jadi Lebih Baik, Terutama Dari Segi Agama” – Zarina Anjoulie Dedah Sebab Rujuk Semula

IKLAN

Pun begitu, dalam kegembiraan tersebut, masih ada manusia yang iri hati dan cuba mengganggu hubungan suami isteri ini. Daripada entri yang dimuat naik di IG Story Zarina, dia dan Yas meminta segelintir individu supaya tidak menghantar mesej buruk di Instagram lelaki itu.

Ujar Yas,

“Yas dah rujuk balik dengan Anju. Terima kasih untuk yang mendoakan dan pada mana-mana kata kesat dan kata-kata buruk terhadap isteri saya yang dicintai ini, hentikanlah. Hentikan, hidayah itu milik Allah. Pada yang DM dan hina isteri saya ini dekat saya, tolonglah stop.”

Anju juga turut mempersoalkan motif sesetengah individu yang meninggalkan komen buruk mengenai dirinya pada Yas.

Korang nak Yas buat apa, bila kau kutuk-kutuk akan dekat DM dia, dekat page Yas. Kau nak aku buat apa? Kau nak Yas buat apa? Kau nak Yas tinggalkan aku dan kahwin dengan kau? Itu ke yang kau nak?

zarina anjoulie dan eilyas azhar

Jelasnya, jodoh itu di tangan Tuhan. Maka, tiada siapa yang dapat mempersoalkannya.

Kalau seribu orang datang kutuk aku dekat Yas, kalau dia nak dengan aku, nak jugak. Kalau seribu orang datang puji aku dekat Yas, kalau Yas tak nak, tak nak jugak. Itu semua jodoh di tangan Tuhan. Korang kutuk macam mana pun, kalau dia dengan aku, dia dengan aku, faham tak?

Kenapa lah nak kacau rumah tangga orang lain?

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan perihal hiburan dan isu trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas