Connect with us

Oh! Media

“Nak Jadi Lebih Baik, Terutama Dari Segi Agama” – Zarina Anjoulie Dedah Sebab Rujuk Semula

zarina anjoulie dan eilyas azhar

Oh! Artis

“Nak Jadi Lebih Baik, Terutama Dari Segi Agama” – Zarina Anjoulie Dedah Sebab Rujuk Semula

Ramai yang memanjatkan rasa syukur apabila Zarina Anjoulie mengumumkan bahawa dia sudah rujuk semula dengan Eilyas Azhar kelmarin.

ADVERTISEMENT

BACA: Zarina Anjoulie Dedah Sudah Rujuk Semula Dengan Bekas Suami

Ingin tahu sebab perubahan hati masing-masing, Zarina atau Anju menjelaskan bahawa dia dan Eilyas dapat berbincang dengan baik selepas mengetepikan ego masing-masing.

Tidak betah berputus asa dengan perkahwinan mereka secara senang sahaja, Anju menyatakan bahawa mereka akan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik demi rumah tangga tersebut.

Tapi selepas berkira dan berbincang, kami berdua rasa macam tak nak putus asa dengan perkahwinan ini senang-senang kan.

zarina anjoulie dan eilyas azhar

Malah Anju mengakui bahawa mereka kini sedang dalam usaha untuk mendalami ilmu agama untuk kebaikan pada masa hadapan.

Alhamdulillah, sekarang kami pun nak ke arah yang lebih baik. Terutama dari segi agama… nak belajar untuk menjadi lebih baik di masa kelak.

Dalam pada itu, selebriti wanita itu turut meminta semua orang mendoakan yang baik-baik buat mereka berdua.

Menjengah ke laman Instagram Anju, dapat dilihat bahawa dia dan Eilyas menghadirkan diri ke Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan Darul Khusus. Berkemungkinan besar ia adalah untuk urusan rujuk pasangan itu.

Apa pun, semoga Anju dan Yas dapat menjalani kehidupan yang bahagia selepas

Kredit: mStar Online

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas