Oh! Artis
“Kau Bagi La Aku Cakap Dulu…” – Syamsul Debat Bersuara
Ustaz Syamsul Debat akhirnya tampil buka mulut lepas tular video pendek dari sesi Dol’s Podcast yang menunjukkan dia seperti ‘sound’ Mamat Sepahtu kerana mencelah masa dia bercakap.
Menurutnya, situasi dalam podcast tu sebenarnya santai saja dan tak sangka pula jadi isu hangat di media sosial.
“Saya tak marah, itu respon spontan..”- Syamsul Debat.

Syamsul menjelaskan, waktu rakaman tu semua orang dalam podcast bebas beri pandangan, dan reaksi dia pada Mamat tu pun secara spontan.
Namun begitu, ada netizen yang cukup teliti dan menegur perkara itu. Saya tidak menyalahkan mereka kerana itu adalah berdasarkan persepsi masing-masing.
Apa yang menarik, Syamsul mengesahkan memang Mamat ada hantar mesej peribadi mohon maaf, cuma dia tak jangka Mamat akan kongsikan mesej tu di Instagram Story.
Memang betul, dia sendiri yang mesej saya. Cuma saya tidak sangka pula mesej itu turut dikongsikan kepada umum (di Instagram Story Mamat). Saya tak ada pun meninggalkan tempat rakaman dalam keadaan marah atau kecewa.
Benda sama pernah jadi dengan Jep Sepahtu…

BACA: Mamat Sepah Mohon Maaf Kepada Ustaz Syamsul Debat
Syamsul turut kongsi situasi hampir sama pernah berlaku masa dia jadi tetamu dalam Sepahtu Reunion, dan masa tu Jep Sepahtu pun ada menyampuk dia.
Jep pernah mencelah dan saya berkata, ‘Kau bagi la aku cakap dulu’. Ia berlaku secara spontan dan biasa sahaja, dan tidak pun dijadikan isu besar.
Akhirnya, Syamsul Debat pesan supaya semua pihak berlapang dada dan tak terlalu cepat buat andaian. Dia sendiri tak ambil hati pun dan anggap benda tu dah selesai.
Pssttt! Kadang-kadang satu klip pendek boleh cetus salah faham besar, walhal realitinya tak seburuk yang disangka. Ohmedia setuju dengan Syamsul Debat, lebih baik kita lapangkan dada dan tak cepat sangat melatah. Apa pun, hormat masa orang bercakap tu tetap penting, baik dalam TV atau real life.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.