Connect with us

Oh! Media

Kasih Iris Leona Nak Kahwin Tahun Depan, Ini Respon Azhar Sulaiman

Untitled Design   1

Oh! Artis

Kasih Iris Leona Nak Kahwin Tahun Depan, Ini Respon Azhar Sulaiman

Sebelum ini anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona memberitahu yang dia ingin menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan.

Terbaru! Menerusi laporan Oh Bulan, Azhar tampil memberi respon mengenai perkara itu dan dia tidak kisah seandai anaknya itu berhajat sedemikian.

Bapa Leona itu juga percaya yang anaknya itu mempunyai hala tuju kehidupan dan beranggapan yang Leona mahu ikut jejak langkahnya berkahwin di usia muda.

IKLAN

Saya berkahwin pada usia 25 tahun. Bayangkan kalau saya tidak berkahwin waktu itu, mungkin sehingga sekarang saya masih membujang.

Saya percaya Leona mungkin sudah dapat apa yang dia nak sehingga mahu berkahwin pada usia muda. Mungkin juga dia sudah membayangkan untuk mempunyai keluarga sendiri.

Sebagai bapa saya bersyukur dia nak berkahwin, Alhamdulillah. Namun saya belum bersedia untuk menjadi datuk pada masa sekarang, tapi kalau ada cucu pasti mereka akan gembira sebab saya ada banyak anak patung di rumah.

Bukan tu jer, Azhar juga berkata yang dia tidak kisah siapa pilihan anaknya nanti tapi dia cuma mahu lelaki itu datang dulu berjumpa dengannya serta isteri untuk mendapatkan restu.

Apa yang penting bakal menantu saya perlu mendapat persetujuan saya dan isteri terlebih dulu. Kemudian saya mahukan seseorang yang mempunyai kelulusan akademik.

Ini kerana, akademik sangat penting dan mustahak walaupun ada yang sukar mendapat kerja sekarang ini. Sekarang sijil penting, kalau tiada tak boleh buat apa.

Semoga dipermudahkan segala urusan buat Leona. Benda baik tak salah pun kalau nak percepatkan.

Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Oh Bulan


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas