Connect with us

Oh! Media

Nia Ramadhani Dan Suami Kantoi Kes Dadah, Mengaku ‘Terjebak’ 5 Bulan Lalu

Oh! Artis

Nia Ramadhani Dan Suami Kantoi Kes Dadah, Mengaku ‘Terjebak’ 5 Bulan Lalu

Dunia hiburan Indonesia hari ini gempar apabila pelakon popular, Nia Ramadhani dan suami ditahan dipercayai terlibat kes penyalahgunaan dadah. Memetik laporan Tribun News, penangkapan dilakukan apabila pihak polis menerima maklumat pelakon drama bersiri Bawang Merah Bawang Putih tersebut mengambil dadah jenis syabu.

ADVERTISEMENT
Nia ramadhani positif dadah

Rahsia mula terbongkar apabila polis menggeledah sebuah kenderaan dan menemui bungkusan kecil dadah. Selepas disoal siasat, pemandu peribadi pasangan itu mengaku paket adalah milik majikannya.

Sejurus itu, polis segera menyerbu kediaman Nia Ramadhani di daerah Pondok Pinang, Jakarta Selatan dan menemui alat yang digunakan untuk mengambil dadah serta dadah syabu seberat 0.78g. Hasil siasatan, Nia mengakui suaminya, Ardie Bakrie, turut sama terlibat. Hasil ujian air kencing mendapati pasangan suami isteri tersebut serta pemandu positif dadah jenis syabu.

Nia Ramadhani dadah

Sementara itu, portal Kompas melaporkan pasangan ini mendedahkan baru lima bulan terjebak ke dalam kancah dadah. Mereka mengaku tekanan pekerjaan terutamanya di waktu pandemik menyebabkan mereka mencuba barang terlarang. Walau bagaimanapun, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengesahkan pengakuan yang dibuat.

Selain itu, polis sedang giat mengenalpasti dari mana suspek mendapatkan bekalan barang terlarang tersebut.

Setakat ini siasatan masih di peringkat awal. Jika didapati bersalah, ketiga-tiga suspek berdepan hukuman penjara empat tahun.

Kredit: Tribun News, Kompas

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media



Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas