Connect with us

Oh! Media

“Kami Tak Mahu Isu Melarat, Kucar-Kacirkan Hubungan Mereka” – Penganjur Akui Silap, Bella Astillah Tidak Bersalah

Ohmedia stacy 2

Oh! Artis

“Kami Tak Mahu Isu Melarat, Kucar-Kacirkan Hubungan Mereka” – Penganjur Akui Silap, Bella Astillah Tidak Bersalah

Penganjur Konsert A Night With Sumandak Stars: Ceritera Hatiku, Orange International Entertainment, mengakui kesilapan mereka dalam isu poster yang menyebabkan penyanyi popular, Stacy Anam, menarik diri daripada acara tersebut.

Pengarah Orange International Entertainment, Datuk Mohd Fazli Idrus, menjelaskan bahawa pihak mereka terlepas pandang dalam isu ini.

Penganjur Terlepas Pandang

IKLAN
Whatsapp image 2024 10 16 at 121049 am
Poster yang menjadi kontroversi

Menurutnya, mereka tidak menyangka perkara ini akan menjadi isu besar kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

Memang kekhilafan itu dari kami. Kami tiada niat untuk membanding atau memperkecil mana-mana pihak khususnya artis yang terbabit dalam konsert itu. Semua mereka ada kelebihan dan pencapaian hebat.

Beliau juga menyatakan bahawa ini menjadi pengajaran penting bagi mereka untuk lebih berhati-hati di masa hadapan agar tidak mengguris perasaan mana-mana pihak.

Kesilapan Teknikal dan Kekangan Masa

Poster Konsert
Poster baru

Datuk Mohd Fazli menjelaskan bahawa masalah pada poster berlaku kerana kekangan masa, memandangkan Stacy hanya bersetuju untuk terbabit dua hari sebelum sidang media konsert.

Pada asalnya, konsep poster memang meletakkan Stacy sebagai bintang utama tetapi bahagian kreatif mereka terpaksa memasukkan gambar Stacy pada saat-saat akhir selepas mendapat persetujuan.

Bahagian kreatif kami pula memang tidak tahu menahu mengenai pencapaian dan tahap artis-artis yang terbabit itu. Disebabkan lagi sehari adakan sidang media, poster itu kena guna juga untuk tujuan cetakan promosi.

Menurutnya lagi, mereka sebenarnya boleh saja membuat perubahan lanjut pada poster itu mengikut kehendak artis yang terbabit.

Bella Astillah Tidak Terlibat

Penganjur

Penganjur juga menegaskan bahawa Bella Astillah, yang gambarnya diletakkan sebagai ‘bintang utama’, tidak terlibat dalam keputusan tersebut. Bella hanya mengikuti apa yang diputuskan oleh pihak penganjur.

Bella langsung tidak masuk campur dalam soal itu. Dia sendiri pun sangat sibuk dengan agenda seninya dan apa yang kami putuskan, dia ikut saja.

 Jelas penganjur lagi, tiada unsur mempengaruhi pihaknya untuk kedepankan Bella sehingga menimbulkan isu dalam kalangan penyanyi lain.

Kami tidak mahulah pasal isu itu akan melarat dan kucar-kacirkan hubungan sesama mereka. Industri ini kecil, nanti akan berjumpa juga di mana-mana.

Terdahulu, poster konsert menjadi bualan ramai gara-gara menampilkan gambar Bella Astillah lebih besar daripada penyanyi lain.

Ini menunjukkan seolah-olah Bella sebagai penyanyi utama menyebabkan Bella dikritik ramai.

Namun, selepas pengumuman Stacy menarik diri, penganjur memuat naik poster terbaru dengan semua artis diletakkan sama rata.

Ohmedia stacy 2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas