Connect with us

Oh! Media

“Kami Hanya Artis” – Dikritik Pakai Seksi Kalah Artis Luar, Dolla Kunci Mulut

Dolla

Oh! Artis

“Kami Hanya Artis” – Dikritik Pakai Seksi Kalah Artis Luar, Dolla Kunci Mulut

Kumpulan Dolla baru-baru ini mengundang kritikan ramai apabila tampil dengan pakaian yang dikatakan menjolok mata di acara Good Vibes Weekender yang berlangsung di Sunway Lagoon.

Netizen turut membandingkan pakaian artis tempatan yang lebih seksi berbanding artis Korea Selatan iaitu CL daripada kumpulan 2NE1.

Fdxu5gzviaayw4i e1664009358499
Foto hypemy

CL atau Lee Chae-rin dikatakan lebih sopan apabila mengenakan jaket labuh berwarna hitam ketika membuat persembahan di acara festival muzik itu.

IKLAN

CL juga sempat berseloroh mahu membuka jaket dipercayai kerana cuaca yang sangat panas tetapi dia membatalkan hasrat itu kerana tidak mahu mencetuskan masalah.

Memetik laporan Gempak, salah seorang anggota kumpulan iaitu Sabronzo mengambil tindakan mengunci mulut dan menghormati keputusan syarikat pengurusan yang mahu mengeluarkan kenyataan secara rasmi daripada pihak mereka sendiri.

Lagipun kami hanya artis dan pihak pengurusan yang buat segala keputusan.

Kata Sabronzo, sebagai artis mereka mengikut sahaja arahan pengurusan dan tugas mereka hanyalah membuat persembahan dan menyanyi.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas