Connect with us

Oh! Media

Syasya Undur Diri Dari Dolla Atas Faktor Peribadi

Oh! Artis

Syasya Undur Diri Dari Dolla Atas Faktor Peribadi

Baru-baru ini hangat perbualan Syasya tidak lagi dilihat bersama Dolla kerana tidak menghadiri majlis yang melibatkan kumpulannya. Hari ini terjawab semua persoalan apabila Dolla mengumumkan Syasya menarik diri di akaun rasminya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dia Kena Gigit..” – Wakil Syarikat Rakaman Bersuara Isu Dakwaan Syasya Dolla Dipukul Kekasih Sampai Lebam

Memetik laporan mStar, Syasya Rizal dilaporkan membuat keputusan menarik diri dari kumpulannya atas sebab peribadi yang tidak didedahkan.

Pengumuman ini dimuat naik di seluruh akaun media sosial rasmi Dolla dan mnegejutkan ramai peminatnya.

Kami sedar ketiadaan Syasya baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan anda semua.

Dengan hati yang berat, kami ingin mengumumkan Syasya mengambil keputusan mengundurkan diri sebagai ahli Dolla atas sebab peribadi.

Sementara itu, ahli kumpulan Dolla yang lain memaklumkan tiada masalah anatra mereka yang menyebabkan Syasya membuat keputusan itu.

Hubungan kami berempat sangat erat, kami masih menganggap Syasya sebagai adik kami dan akan terus memberikan sokongan terhadapnya.

Tiga ahli lain berkata meraka akan beri komitmen yang penuh untuk teruskan perjalanan Dolla bagi peminat dan rakan media yang menyokong Dolla.

Kami berharap kami akan tetap melangkah jauh di perjalanan kami bersama.

Untuk rekod, kumpulan Dolla ditubuhkan pada 2019 dengan empat ahli tetap iaitu Angel, Sabrozo, Tabby dan Syasya.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas