Connect with us

Oh! Media

Kamal Adli Luah Uqasha Senrose Ajar Dirinya Bagaimana Jadi Seorang Lelaki

Ohmedia kamal Mahkamah

Oh! Artis

Kamal Adli Luah Uqasha Senrose Ajar Dirinya Bagaimana Jadi Seorang Lelaki

Kamal Adli luah rasa terima kasih kepada Uqasha Senrose dan reda jodoh berakhir selepas sah bercerai talak satu.

Pelakon, Kamal Adli menzahirkan rasa terima kasih kepada bekas isterinya, Uqasha Senrose kerana sudi menerima dirinya sebagai suami empat tahun lalu, meskipun jodoh mereka akhirnya berakhir di pertengahan jalan.

Menurut laporan Kosmo, Kamal mengakui perkahwinan itu banyak mengajarnya erti kehidupan sebagai seorang lelaki, suami dan bapa.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Uqasha kerana pernah menerima saya sebagai suami.

Dialah yang banyak mengajar saya tentang kehidupan berumah tangga serta bagaimana menjadi seorang lelaki.

“Saya amat menghargai segala pengajaran” – Kamal Adli

Uqasha Kamal Adli

Menurut pelakon filem Takluk: Lahad Datu itu, dirinya tidak mempunyai pengalaman dalam perkahwinan apatah lagi memikul tanggungjawab sebagai bapa.

IKLAN

Sejujurnya, saya tidak mempunyai pengalaman dalam perkahwinan, apatah lagi memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa. Jadi, saya amat menghargai segala pengajaran sepanjang bersama dengannya.

Akui kelemahan diri, tak salahkan sesiapa

Kamal Adli

Kamal turut mengakui kelemahan diri sendiri menjadi antara punca perpisahan mereka dan memilih untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak.

Saya mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam diri sehingga membawa ke tahap ini.

Segala kesalahan saya letakkan pada diri sendiri.

Tambahnya lagi, dia reda dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan.

Jika saya menjadi suami lebih baik, mungkin semua ini tidak berlaku. Namun, saya reda dengan ketentuan Allah.

Rayu doa dan mohon maaf pada keluarga Uqasha Senrose

Uqasha Senrose

Bapa kepada seorang cahaya mata itu turut merayu orang ramai agar mendoakan kekuatannya untuk meneruskan kehidupan, selain memohon maaf kepada keluarga bekas isterinya.

Saya mohon didoakan supaya terus kuat.

Kepada keluarga Uqasha, saya minta maaf sekiranya gagal menjaga serta membahagiakan dia seperti sepatutnya.

Pssttt! Jodoh dan perpisahan adalah ketentuan Tuhan. Paling penting, belajar dari pengalaman, saling menghormati dan terus kuat demi masa depan yang lebih baik.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas